Sunday, May 16, 2010

bila batinku di hambat pedih

Bila batinku di hambat pedih
Degupan jantung seakan berhenti
kaku semuanya terlihat tangisan hati
kelmarin kau berjanji sehidup semati semalam kau pergi tanpa simpati
hari ini tiada senyuman di ukir luka berdarah terus mengalir


bila batinku di hambat pedih
tangisan menjadi lagu sehari hari
kerdipan mata bersama titisan hati
renungan jauh nun dibalik awan tinggi
merangkak ke sana xmahu lagi di sini

bila batinku di hambat pedih
sesalan memaki desakan si hati
jiwa tertangis membasah luka berdarah
semakin pedih...memang nya semakin pedih
akhirnya di kesat tangan yg pernah kau genggam seketika
tangan yang mengesat air mata mu kelmarin
hari ini mengesat basahan di tubuh yang lesu ini

maka hapus lah air mata kenangan
di tepis dek tangan yang menggenggam amarah
dan hilang lah memori bersama debuan semalam

bila batinku dihambat pedih,
pukulan ombak tak lagi menghentam
murai pun tak mahu bernyanyi lagi
telefon tak lagi memekik lagu
tiada panggilan mahupun jawapan tiada hantaran mahupun balasan
hati pun berlari ke hujung sudut bertanya sendiri mengapa terjadi
tangan pun sesal bertepuk sendiri,kaki tak mahu lagi berdiri
enggan siang mencelik tanpa matahari
hanya berdoa pada Illahi kuatkan hati untuk esok hari

Bila batinku dihambat pedih
Terjerit meronta memanggil wajah mu
Hati yg hangus masih berbara Disiram rindu dek jiwa yang lara
Akhirnya aku mengalah sendiri agar kau rasa betapa cinta
Sedang hatiku masih berdarah?

Bila batinku di hambat pedih
Ku sujud diri ku seru yang Esa
Berikan upaya berjalan semula
Agar mendapat cahaya kelmarin, yang kau gelapkan hari semalam
Demi esok menjadi pasti ku kirim tulisan ini hanya untuk mu...

mohd amir bin ismail

No comments:

Post a Comment